Pemuda ini sanggup berhentikan motor dan beri selipar kepada warga emas tak berkasut

Pemuda ini sanggup berhentikan motor dan beri selipar kepada warga emas tak berkasut. Semua sedia maklum jika kita melakukan kebaikan, sudah pasti ada ganjaran yang diberikan oleh Tuhan untuk kita di lain masa. Walaupun amal kebaikan kita tidak dilihat orang lain, namun pahala atas kebaikan yang dilakukan sudah tentu dihitung.

Lebih-lebih lagi jika ia melakukan kebaikan kepada orang lain dan memberikan senyuman buat mereka yang dibantu.

Beri selipar kepada warga emas

Pemuda ini sanggup berhentikan motor dan beri selipar kepada warga emas tak berkasut

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai judedina_ apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang membantu seorang warga emas yang berjalan tanpa memakai selipar di kakinya.

Naik motor tak pakai kasut

Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna TikTok sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

Dapat dilihat yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.

@judedina_ GOOD MORNING AND HAVE NICE DAY Sesiapa Jumpa Brader Melayu Salute dia ok 🙋🏼‍♂️Brader ni Bantu #Sliper dia Untuk Uncle #India ❤#CBP6298 #gombak #batucaves #125zhitam #KLWeAreNotRacist 🤟 ♬ original sound – JUDE

Cerminan kepada didikan orang tua

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan spontan lelaki berkenaan dan mendoakan agar urusannya dipermudah memandangkan dia dengan senang hati memberikan hartanya kepada orang lain.

BACA JUGA:

Ramai mula rindu celoteh Nabil, Elly Mazlein setiap Ahad

Usaha Faizal Tahir mengislamkan individu dapat pujian ramai

Setelah 11 tahun, kini hamil… Syura akui rasa kekok