Pemuda ditemui tergantung di dalam bilik

Pemuda ditemui tergantung di dalam bilik

Pemuda ditemui tergantung di dalam bilik.Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di sebuah Flat Cheras Rias, Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.33 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik utama kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku dan kematian dipercayai dengan cara menggantung diri menggunakan tali beg silang milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) di tempt kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan cara menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Asiten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus ditalian 03-92050301 samb 302,” ujarnya.

Baca :PM beri bayangan PKP akan diadakan kembali jika

COMMENTS