Peminat restu hubungan Shuib dan Wan Sharmila, jangan dengan Watie

Peminat restu hubungan Shuib dan Wan Sharmila, jangan dengan Watie. Baru-baru ini perkongsian pelawak Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila memuat naik video konten bersama aktres Wan Sharmila.

Menerusi video, Shuib dan Wan Sharmila melakukan trend lagu yang berjudul Swipe nyanyian Alyph yang kini hangat di media sosial.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merestui hubungan kedua selebriti itu. Malah, ada yang mengatakan mereka sangat sepadan.

@shuibsepahtu Nak LIKE ke Nak SWIPE??? @Wansharmila Lala #fyp #swipe ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Malah, ramai yang mengatakan suka dengan keperibadian Wan Sharila yang lemah lembut, sopan dan tidak memakai solekan tebal.

Peminat restu hubungan Shuib dan Wan Sharmila, jangan dengan Watie

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan Shuib tidak sesuai menjalin hubungan cinta dengan usahawan wanita dikenali sebagai Watie yang sebelum ini hangat diperkatakan memakai baju sedondon dengan pelawak itu meskipun tidak bergambar bersama.

Peminat restu hubungan Shuib dan Wan Sharmila, jangan dengan Watie

BACA:

‘Saya dapat rasa mereka memerlukan seorang ibu’- Shuib

Rahim Sepahtu dedah sebab Shuib merajuk tak nak sertai Sepahtu Reunion

Ini reaksi Shuib bila netizen bongkar ‘couple’ dengan Watie