Peminat kecewa aksi Zul Ariffin jual bengkung, dukung dan peluk wanita bertudung

Peminat kecewa aksi  Zul Ariffin jual bengkung, dukung dan peluk wanita bertudung

Peminat kecewa aksi Zul Ariffin jual bengkung, dukung dan peluk wanita bertudung.Semalam, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin ada berkongsikan video memaparkan aksi manja dan romantis bersama seorang wanita untuk sebuah video iklan.

Video tersebut memaparkan Zul dilihat mesra berpelukan dan berpegangan tangan serta mendukung wanita tersebut yang bertudung.

Difahamkan, Zul membawa watak sebagai pasangan kekasih bagi mempromosikan produk bengkung dimana pelakon itu menjadi duta produk berkenaan.

Peminat

Bagaimanapun, video tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan ianya kurang manis dipertontonkan kepada umum.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa apabila melihat pelakon itu bermesra dengan wanita lain serta menganggap iklan itu tidak sesuai dengan standard Zul yang mempunyai kelas tersendiri.

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan Zul Ariffin sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita.

Bagaimanapun, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan serta meminta orang ramai berhenti daripada terus menyebarkan cerita yang tidak benar.

Baca :Lelaki dakwa temui pesawat empat sayap

COMMENTS