Pemimpin Terkenal Rohingya Maut Ditembak Di Kem Pelarian

Pemimpin Terkenal Rohingya Maut Ditembak Di Kem Pelarian

Pemimpin Terkenal Rohingya Maut Ditembak Di Kem Pelarian.Seorang pemimpin Rohingya terkenal maut akibat ditembak di sebuah kem pelarian di selatan Bangladesh pada Rabu malam.

Ketua Persatuan Keamanan dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya, Mohibullah ditembak di luar pejabatnya di kem Kutupalong di Cox’s Bazar, kata seorang saksi kepada Agensi Anadolu.

“Tujuh atau lapan penyerang menembak Mohibullah di luar pejabatnya kira-kira 8.30 malam (1430GMT).

“Tiga das tembakan mengenai dada Mohibullah. Kami bawa dia ke hospital dan Dr mengesahkan beliau sudah meninggal dunia,” kata saksi kejadian Mohammad Ahsan, seorang pelarian Rohingya.

Penembak berjaya melarikan diri.

Rohingya

Seorang lagi saksi yang enggan namanya disiarkan berkata Mohibullah baru-baru ini telah melaporkan kepada polis dan pihak berkuasa lain mengenai ancaman bunuh yang diterimanya.

Mohibullah tokoh popular dalam kalangan lebih 1.1 juta pelarian Rohingya yang tinggal di Bangladesh, yang kebanyakannya melarikan diri daripada kekerasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.

Kumpulan hak asasi antarabangsa mengecam pembunuhan itu dan meminta tindakan segera diambil terhadap pelaku.

“Mohibullah menjadi suara penting bagi masyarakat Rohingya yang telah menderita dan terpaksa menjadi pelarian di Bangladesh,” kata pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia Selatan Meenakshi Ganguly.

Beliau berkata insiden pembunuhan itu tidak akan melemahkan perjuangan pelarian Rohingya bagi mendapatkan hak dan perlindungan serta usaha untuk kembali ke Myanmar dengan selamat.

“Pihak berkuasa Bangladesh perlu segera menyiasat pembunuhan Mohibullah dan serangan lain terhadap aktivis Rohingya di kem itu,” kata Ganguly.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/30/pemimpin-terkenal-rohingya-maut-ditembak-di-kem-pelarian-di-bangladesh/

BACA: Isteri ‘tangkap’ suami Kantoi curang di tempat kerja
BACA: wanita nekad berpisah, Kekasih kentut depan muka
BACA: Pengantin 60 tahun nampak berseri-seri lepas disolek

COMMENTS