Pemimpin PN pertikai keputusan Anwar tolak gaji PM

Pemimpin PN pertikai keputusan Anwar tolak gaji PM. Rakyat di negara ini diminta tidak tertipu dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sanggup mengambil gaji sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata kenyataan dibuat Anwar menimbulkan persoalan dari mana ketua pembangkang itu memiliki kekayaan sehingga sanggup menolak gaji sekiranya diberi peluang mentadbir negara selepas PRU15.

“Ada seorang yang mahu jadi Perdana Menteri berkata kalau jadi Perdana Menteri, dia tak mahu ambil gaji. Kononnya itu melambangkan komitmen dia mahu bantu rakyat.

“Kita jangan tertipu. Kalau dia begitu kaya hingga boleh membiayai hidup yang mewah tanpa ambil gaji, mana datangnya duit yang dia dapat. Siapa membiayai dia secara rahsia hingga begitu banyak duit?

“Berapa banyak kekayaan yang dia sudah kumpul sehingga mampu menolak begitu saja gaji bulanan yang diberi,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Pemimpin PN pertikai keputusan Anwar tolak gaji PM

Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan berkata, beliau akan memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri jika PH diberi mandat pada PRU15 kali ini.

Penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu turut dilaporkan berkata, tidak sanggup mengambil gaji dengan keadaan ekonomi semasa ini.

Pada masa sama, Wan Saiful berkata, pihaknya turut mengingatkan negara akan terpalit dengan pelbagai isu rasuah jika seorang Perdana Menteri itu ‘ditanggung’ oleh taikun.

“Kita perlu ingat, jika Perdana Menteri bergantung kepada taikun untuk menyara hidup dan keluarga, maka rasuah akan bermaharajalela dalam negara,” katanya.

BACA:

3 bulan berniaga tak laku langsung, nasib pemuda ini berubah selepas dia…

Ini cara ‘kantoi’kan kedai mamak ori muslim ataupun ‘fake’, yang berani cuba buat..

Terus jadi kawan, ini pesanan Marc Marquez pada peminat Hairul Azreen