Pemilik restoran cerita kisah sedih Pakcik “Guard” kena saman sebab tak scan mysejahtera

Pemilik restoran cerita kisah sedih Pakcik “Guard” kena saman sebab tak scan mysejahtera

Semalam aku nak bayar lepas makan kat mamak area office aku. Akak cashier tu cakap ni saman yang pakcik guard depan tu kena sebab tak scan QR mySejahtera.

Aku tulis harini bukan sebab nak cakap tak patut pakcik tu kena saman. Salah tetap la salah. Tapi yang sedih bila aku dengar akak tu cerita. Pakcik tu tinggalkan saman tu kat mamak ni dan cakap.

“Pakcik dah kena saman, mana la pakcik ada duit nak bayar. Pakcik tinggalkan la saman kat sini dan pakcik redha jelah kalau kena apa-apa sebab tak bayar. Masuk penjara pun masuk lah. Nak cari duit makan pun susah, inikan nak bayar saman.”

Kata pakcik tu kat akak cashier.

Allahu, kadang-kadang kita rasa bila ujian datang ke kita. Itu la musibah yang paling besar yang kita dapat. Sedangkan perut tak pernah lapar, duit tak pernah kering pun.

Sedangkan orang lain bertimpa-timpa lagi teruk kena dari kita, dah la nak cari duit makan pun susah. Di timpa lagi dengan saman RM10,000 memang terduduk bisu kawan tu. Aku harap Allah mudahkan jalan kehidupan pakcik ni.

Psst: sedih pula rasa, sebab tu wajib patuh pada SOP

Sumber :

COMMENTS