Pemenang Pingat emas Paralimpik mahu sedekah sebahagian ganjaran RM1.1 juta

Pemenang Pingat emas Paralimpik mahu sedekah sebahagian ganjaran RM1.1 juta

Pemenang Pingat emas Parakimpik mahu sedekah sebahagian ganjaran RM1.1 juta. “Saya mahu sedekahkan sebahagian daripada ganjaran itu.”

Itu perkara pertama yang akan dilakukan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sebaik menerima ganjaran RM1 juta seperti dijanjikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) susulan kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia memang sudah merancang untuk melakukan amal kebajikan menggunakan sebahagian daripada insentif berkenaan.

“Saya akan beri bantuan kepada mana-mana rumah rumah kebajikan yang memerlukan menggunakan sebahagian daripada ganjaran itu. Ini sesuatu yang memang saya sudah lama rancang, saya percaya dalam rezeki saya, ada juga rezeki orang lain,” katanya kepada BH Sukan.

Selain ganjaran RM1 juta daripada SHAKAM, Liek Hou juga akan menerima insentif tambahan sebanyak RM100,000 daripada FWD Takaful.

Pemenang

Liek Hou yang berasal dari Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik.

Dia yang beraksi bagi kategori SU5 muncul juara selepas menumbangkan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada aksi final di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Juara dunia enam kali itu yang dibimbing Datuk Rashid Sidek menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai sesuatu yang istimewa buat dirinya apabila menjadi pemain Malaysia pertama memenangi emas di Paralimpik yang menyaksikan ia kali pertama dipertandingkan di Tokyo.

“Saya juga mahu dedikasikan kejayaan ini kepada jurulatih saya Datuk Rashid yang berkorban untuk melatih saya. Dia sanggup meninggalkan keluarga dia apabila selama tiga bulan bersama saya menjalani latihan secara kuarantin di MSN (Majlis Sukan Negara)… memang saya nampak dia betul-betul bagi jiwa dan raga dia untuk membantu saya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga terutama ibu (Jap Joe Tjin) dan isteri saya (Dewi Febriana), mereka tidak merungut apa-apa pun sepanjang ketiadaan saya untuk melakukan persiapan menghadapi Sukan Paralimpik.

“Tidak lupa juga kepada MSN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang banyak memberi sokongan. Kalau bukan kerana mereka yang membayar gaji kepada Datuk Rashid bagi melatih saya, tidak mungkin saya dapat capai prestasi seperti hari ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2021/09/860101/paralimpik-liek-hou-mahu-sedekah-sebahagian-ganjaran-rm11-juta

BACA: Aksi video Kura-kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai Raih 12 Juta Tontonan

COMMENTS