Pembeli dan peniaga kini berdepan risiko kena saman jika berurusniaga di traffic light

Pembeli dan peniaga kini berdepan risiko kena saman jika berurusniaga di traffic light

Tindakan pengguna jalan raya yang membeli produk yang dijual oleh peniaga di kawasan lampu isyarat boleh disaman RM 2,000 jika didapati bersalah. Hal ini kerana ianya merupakan satu kesalahan dan boleh membahayakan penjual dan pengguna jalan raya lain, lapor akhbar Kosmo.

Dalam pada itu, Polis Johor mendapati sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di sekitar lampu isyarat negeri Johor.

“Bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan, pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2,000.”

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, peniaga-peniaga dinasihatkan untuk mencari alternatif lain untuk menjalankan perniagaan demi keselamatan sekaligus ianya juga dapat mematuhi undang-undang negara.

Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan yang berkaitan dengan insiden-insiden kemalangan yang melibatkan perniagaan di kawasan lampu isyarat.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/pembeli-boleh-didenda-ribuan-ringgit-jika-beli-jualan-di-lampu-isyarat/

COMMENTS