Pembantu tadbir hospital di tangkap SPRM

Pembantu tadbir hospital di tangkap SPRM

Pembantu tadbir hospital di tangkap SPRM.Seorang pembantu tadbir sebuah hospital universiti awam diberkas selepas disyaki terlibat salah guna kuasa untuk pembekalan kelengkapan hospital bernilai lebih RM300,000.

Penahanan wanita berusia 53 tahun itu dilakukan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, pukul 2.50 petang tadi.

Sumber berkata, suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya untuk bekalan kelengkapan kakitangan hospital berkenaan.

“Wanita itu terlibat dalam keputusan memilih syarikatnya sendiri bagi kerja pembekalan kelengkapan tersebut.

“Ia dianggarkan berjumlah lebih RM300,000 bermula 2017 hingga tahun lalu,” katanya.

Tambah sumber itu, suspek diminta memberi keterangan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan.

“Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok,” katanya.

Baca :Tali buaian terputus ketika pengantin bersanding

COMMENTS