Pemandu Wira tiba – tiba Tukar Lorong, Satu Keluarga Naik Motosikal Kemalangan

Pemandu Wira tiba – tiba Tukar Lorong, Satu Keluarga Naik Motosikal Kemalangan

Pemandu Wira tiba – tiba Tukar Lorong Mengejut, Satu Keluarga Naik Motosikal Kemalangan.Menukar lorong secara tiba-tiba merupakan salah satu faktor utama kenapa kemalangan jalan raya boleh berlaku di negara kita. Lebih buruk lagi apabila kenderaan lain yang menerima ‘akibat’ atas keputusan yang dibuat oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tular baru-baru ini satu rakaman dashcam satu keluarga termasuk seorang kanak-kanak yang sedang menaiki motosikal merempuh sebuah kenderaan model Mazda setelah SUV tersebut terpaksa brek mengejut apabila ada sebuah Proton Wira menukar laluan lorong secara tiba-tiba.

Rakaman video tersebut terakam pada dashcam salah sebuah kenderaan yang berada di belakang mereka. Proton Wira tersebut secara terang-terangan dilihat menukar masuk ke laluan kirinya secara mengejut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain pula terlibat kemalangan.

Pemandu

Orang ramai yang menonton video tersebut rata-rata memberikan komen yang tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pemandu Proton Wira tersebut.

BACA: Frontliners bantu ucap syahadah,pesakit terbaring mahu masuk Islam

Pada masa yang sama, ramai memberi pesanan kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat di luar sana supaya mengamalkan jarak pemanduan selamat agar dapat mengelak sekiranya kenderaan hadapan membuat brek mengejut secara tiba-tiba.

Sumber: https://www.thevocket.com/pemandu-wira-tukar-lorong-mengejut-satu-keluarga-naik-motosikal-kemalangan/

BACA: Dapat Anak Lelaki Tapi Teringin ‘Baby Girl’ Pula, Ini 7 tip Boleh Ikhtiar

COMMENTS