Pemandu “King” Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri

Pemandu “King” Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri

Pemandu Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri.Setelah hampir dua tahun rakyat ‘terkurung’ akibat pandemik COVID-19, akhirnya pada 10 Oktober lalu Perdana Menteri telah mengumumkan pergerakkan rentas negeri dibenarkan setelah berjaya mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Berita tersebut telah membuatkan orang ramai keluar merebut peluang terbabit untuk ke destinasi masing-masing samada pulang ke kampung atau bercuti di negeri lain.

Seorang pemandu Myvi tidak menyangka niatnya mahu bercuti ke Melaka baru-baru ini telah menjadikan dia sebagai antara ‘tetamu’ terawal yang disambut meriah semasa acara sambutan ketibaan pelancong oleh Ketua Menteri dan Exco Pelancongan Negeri Melaka di Plaza Tol Ayer Keroh.

@farisibrahim94exit ayer keroh (melaka)..tak sangka jadi org pertama perasmian hehehe alhamdulillah#bossku #ydp

♬ Jalanku Masih Panjang – DJ Topeng

Dalam video TikTok yang dimuat naik olehnya, kelihatan pihak media, wakil kerajaan negeri Melaka serta para petugas yang lain penuh mengelilingi keretanya untuk merakam detik-detik tersebut.

Video tersebut telah meraih ribuan komen daripada pengguna TikTok lain yang turut sama teruja melihat pemandu Myvi itu disambut dengan penuh meriah sekali.

Sumber|: https://www.thevocket.com/pemandu-myvi-terkejut-disambut-meriah-semasa-rentas-negeri-ke-melaka/

BACA: lokasi percutian terkenal untuk anti vaksin dibenarkan

COMMENTS