Peluang Norhizam bertanding dalam PRN melaka makin tipis

Peluang Norhizam bertanding dalam PRN melaka makin tipis

Peluang Norhizam bertanding dalam PRN melaka makin tipis. DAP akan membantah jika bekas ahlinya, Norhizam Hassan Baktee, bertanding bawah panji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu FMT, parti itu akan bertanding bawah “khemah besar” PH dengan semua pihak menggunakan logo gabungan itu.

Katanya, PH akan menyokong Adly Zahari daripada Amanah bagi jawatan Ketua Menteri, yang dipegangnya selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

“Kami tidak akan terima Pengkalan Batu (Norhizam) sebagai calon bagi PRN,” tegasnya.

Bagaimanapun beliau enggan memberi komen mengenai prospek bekas Ketua Menteri, Idris Haron (Sungai Udang), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) bertanding bawah PH.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, parti itu sama sekali tidak akan mempertimbangkan untuk meletakkan Norhizam sebagai calon.

“Pendirian kami adalah kami tidak akan terima Norhizam,” katanya kepada FMT.

Ketika ditanya sama ada parti itu terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain yang bertanding bawah PH, Khoo berkata, beliau percaya PH patut “maju dengan calon yang lebih baik”.

Idris, Effandi, Nor Azman dan Norhizam dilaporkan mahu bertanding bawah PH dalam PRN, bahkan telah bertemu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan pemimpin PH yang lain di sebuah hotel semalam untuk membincangkan perkara itu.

Namun, mereka mengakui mereka adalah “pendatang baharu” bagi PH dan akan menyerahkannya kepada kepimpinan gabungan negeri itu untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Lim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berunding dengan semua parti politik, termasuk pembangkang mengenai prosedur operasi standard (SOP) menjelang PRN.

Katanya, ini perlu bagi memastikan pilihan raya adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti atau gabungan.

Tidak wajar SPR menentukan SOP sendiri, tambahn

Sumber:FMT

BACA: Lelaki Mengamuk Bawa Ekskavator “Hancurkan” Lori Syarikat ,Berang Tak Dibayar Gaji

COMMENTS