Peluang Norhizam bertanding ‘bebas” Masih terbuka

Peluang Norhizam bertanding ‘bebas” Masih terbuka

Norhizam Hassan Baktee tidak akan diterima sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Keputusan itu diumumkan Majlis Presiden PH hari ini, ia susulan pendirian DAP yang memberi tekanan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima bekas ADUN Pengkalan Batu tersebut.

Kenyataan itu juga berkata empat bekas ADUN tersebut masih tidak menganggotai mana-mana parti dalam PH, oleh sebab itu soal pencalonan mereka tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan mereka.

Sementara itu Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu hanya memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu “nanti”.

Exco paling popular di Melaka sejak zaman PH hinggalah ke hari ini. Macam-macam kontroversi yang dia buat. Mula dikenali apabila bertengkar dengan penduduk isu jalan dan tuduhan ‘tak belajar’ kepada salah seorang wakil orang kampung yang memiliki PHD. Nama Norhizam Hassan Baktee terus popular seantero dunia.

Beliau juga dikenali dengan Exco jaga babi di Melaka selain pernah menamakan adun Dap sebagai Babi bila bertengkar di dalam sidang Dun yang lalu. Berstatus Adun bebas setelah 2 kali membuat lompatan parti. Beliau antara punca kerajaan PH jatuh dan beliau jugalah punca Melaka bakal mengharungi PRN tak lama lagi.

Terbaru Norhizam buat hal lagi bila kereta yang digunakan beliau ketika menjadi exco tidak dipulangkan setelah Dun Melaka dibubarkan sehingga memaksa pihak polis merampas kenderaan tersebut. Dah la dirampas kereta Toyota Camry bernombor MAL 3 berwarna hitam, perbuatan Norhizam itu terletak di bawah seksyen 403 kanun keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Ramai yang menjangkakan Norhizam bakal memandu semula van sekolah yang telah lama ditinggalkan beliau. Umpama sireh pulang ke gagang. Maklumlah sekolah pun nak dibuka tak lama lagi. Semoga Datuk Norhizam menjadi pemandu bas sekolah yang berjaya suatu hari nanti.

Sumber :Asamboi

Baca:Ramai tak mahu PRN, Kajian PAS Melaka

 

COMMENTS