Wau!!! Pelitup muka bernilai RM1,699 jadi perhatian netizen

Wau!!! Pelitup muka bernilai RM1,699 jadi perhatian netizen

Sekitar dua hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan insiden pelanggaran dua tren LRT yang menyebabkan ratusan penumpang cedera parah. Insiden yang tidak dijangka mampu berlaku itu dilaporkan berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.

Berikutan insiden yang berlaku, YB Tajudin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tampil ke lokasi kejadian dalam melihat insiden yang berlaku serta tampil memberi keterangan menerusi sidang media.

Di samping memberi keterangan serta sedia memberikan pampasan RM1,000 kepada penumpang yang terlibat, pelitup muka yang dipakai YB Tajudin nampaknya berjaya menjadi perhatian para netizen.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajudin produk di bawah rangkaian LG PuriCare yang hadir dengan harga RM1,699.

Apa yang membuatkan pelitup muka unik serta hadir dengan harga yang premium adalah penawaran teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.
Screen Shot 2021-05-26 at 10.24.20 AM
Meskipun tampil ke sidang media dengan pelitup muka yang premium, YB Tajudin Abdul Rahman dilaporkan sedia disiasat berikutan terdapat rakaman video yang memaparkan beliau tidak memakai pelitup muka dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

 

Beliau dilaporkan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat. Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kegagalan memakai pelitup muka merupakan satu kesalahan.

Sumber:https://www.thevocket.com/dilengkapi-teknologi-pembersihan-udara-pelitup-muka-bernilai-rm1699-yb-tajudin-jadi-perhatian-netizen/

COMMENTS