Pelik !!! Salah yang sama tapi anak syarikat bawah exco kena tindakan mahkamah, yang bawah MB terlepas

Pelik !!! Salah yang sama tapi anak syarikat bawah exco kena tindakan mahkamah, yang bawah MB terlepas

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah hairan apabila tindakan undang-undang hanya dikenakan terhadap anak syarikat di bawah Terengganu Development and Management (TDM) Berhad iaitu Kelana Jaya Medical Centre, namun tidak kepada TDM itu sendiri.

Beliau berkata, Kelana Jaya Medical Centre gagal menyerah simpan penyata kewangan tahunan untuk tahun 2018, namun TDM pula tidak mengemukakan laporan kewangan tahunan selama tiga tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2020.

Ahli Dewan Negara itu mempersoalkan sekiranya wujud campur tangan dari pihak politik atasan yang menghalang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenakan tindakan ke atas TDM kerana Menteri Besar Terengganu adalah Pengerusi Terengganu Inc dan pemegang saham terbesar di TDM.

“Exco kerajaan negeri dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan syarikat beliau tidak mengemukakan penyata kewangan hanya setahun.

“Sementara syarikat gergasi bernilai berbillion ringgit di kuasai oleh Menteri Besar yang membuat kesalahan yang sama selama tiga tahun berturut turut, tidak pun dikenakan tindakan yang sama sehingga sekarang.

“Rupa rupanya dalam lautan politik hari ini ada beberapa kategori jenis ikan. Ada di antara mereka ikan bilis dan jerung, ada pula ikan selayang yang tidak sekebal dan memiliki imuniti setinggi menteri biasa atau Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Exco Kerajaan negeri Terengganu, yang juga Pengarah Kelana Jaya Medical Centre, Dr Alias Razak dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu susulan kegagalan menghantar laporan kewangan tahunan syarikatnya.

Syarikat tersebut adalah milik kerajaan negeri Terengganu di bawah TDM dan telah melanggar peraturan pengurusan syarikat yang berkait dengan Akta SSM Seksyen 68 (1).

Jika didapati bersalah, beliau berdepan denda sehingga RM50,000.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kenapa-hanya-anak-syarikat-yang-kena-bukan-induk-bawah-mb-tanya-raja-bahrin/

COMMENTS