Pelantun suara ‘laguku untukmu’ umum cerai khamis ini, ini punca penceraian..

Pelantun suara ‘laguku untukmu’ umum cerai khamis ini, ini punca penceraian..

Pelantun suara ‘laguku untukmu’ umum cerai khamis ini, ini punca penceraian.. Pelantun suara ‘Laguku Untukmu’ iaitu Hasnol Hassan memberitahu bahawa dia bakal bercerai dengan isterinya, Marina Mohin, pada hari Khamis nanti.

Pernah duduk berasingan

Perkahwinan kedua saya ini akan berakhir pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi. Saya perlu memberitahu masyarakat supaya tidak timbul fitnah berkenaan kami selepas ini. Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a’lam.

Pelantun suara ‘laguku untukmu’ umum cerai khamis ini, ini punca penceraian..

Menurut Hasnol, mereka akan berpisah secara baik dan tiada permusuhan. Tambah Hasnol, keputusan tersebut terpaksa dibuat memandangkan rumah tangganya dan Marina sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian. Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri. Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini.

Ujar Hasnol, dia akan pulang ke Sungai Buloh untuk menjaga dan menetap bersama ibunya selepas melafazkan cerai.

Tiada siapa tahu perkara ini kecuali emak, adik dan sahabat karib saya, Shukri Zainal sebelum buat keputusan memberitahu media. Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka. Saya tak perlu nak pening-pening lagi selepas Khamis ini.

BACA:

Azmin cabar Anwar, ‘kalau berani datang gombak’

Permohonan Najib hadir sidang dewan di tolak

Ini 5,496 lokasi banjir di seluruh Malaysia