Pelanggan biar homestay bersepah kene kecam

Pelanggan biar homestay bersepah kene kecam. Semasa menghuni di hotel atau homestay ketika bercuti, kita perlu lah menjaga kebersihan kawasan dan tidak meninggalkan sebarang kerosakan. Ini semua adalah satu ‘common sense’ yang perlu ada pada setiap individu terutamanya semasa menghuni di tempat yang disewakan kepada umum.

Namun baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat keadaan homestay yang ditinggalkan dalam kondisi yang mengejutkan ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ini, individu yang merupakan tukang cuci di situ berasa kesal apabila sebuah keluarga meninggalkan homestay dalam keadaan kotor.

Bukan hanya kotor malah homestay itu juga ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dan susunan perabot yang diubah oleh pelanggan. Dia turut berkongsikan beberapa gambar menunjukkan keadaan di dalam homestay tersebut sebaik sahaja keluarga tersebut keluar dari situ.

Pelanggan biar homestay bersepah kene kecam

“Dia ingat dia bayar dia boleh buat sesuka hati dia?”

tukang cuci

Difahamkan, individu itu diamanahkan untuk menjaga homestay itu oleh pemiliknya dan dia juga turut menjadi tukang cuci separuh masa. Menurutnya, keluarga tersebut menginap di situ selama dua hari dan dia datang ke rumah tersebut untuk melakukan tugas-tugas pembersihan selepas mereka selesai menginap.

Namun apa yang mengejutkannya ialah keadaan homestay yang ditinggalkan begitu kotor dengan sisa makanan yang dibiarkan begitu sahaja. Malah beberapa perabot turut dialihkan oleh keluarga itu seperti sofa yang diletakkan di balkoni dan tilam dari katil yang dibawa keluar ke tengah ruang tamu.

sisa makanan

sofa

Pemilik homestay kemudian menghubungi keluarga terbabit dan mereka mengaku telah melakukannya. Untuk menanggung kos pembersihan dan kerosakan, duit deposit yang diberikan oleh pelanggan itu terpaksa digunakan bagi menampung kerugian tersebut.

Individu itu turut memaklumkan dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk membersihkan kediaman tersebut sedangkan selama ini dia hanya mengambil masa sejam sahaja. Kebanyakan netizen juga turut sama mengecam tindakan keluarga terbabit yang menunjukkan adab yang tidak baik kepada pemilik homestay.

BACA:

Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, “terus cabut lari laki dia”

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi

“Penyokong Pas sampai kata nak membunuh..” – Anwar