Pelakon Ellie Suriaty terbuka hati suntik vaksin

Pelakon Ellie Suriaty terbuka hati suntik vaksin

Pelakon Ellie Suriaty terbuka hati suntik vaksin.Taat Permintaan Suami Beri Tempoh Selama 2 Tahun, Pelakon Ellie Suriaty Terbuka Hati Suntik Vaksin

MENOLAK tanggapan ramai sebagai seorang anti vaksin, pelakon Ellie Suriaty yang dahulunya enggan menerima suntikan bahan pelali Covid-19 itu kini sudah lengkap vaksinasi sejak tahun lalu.

Aktres berusia 52 tahun itu mengakui sudah mengambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober manakala dos kedua pada November tahun lalu.

Ellie turut menegaskan pendiriannya sebelum ini yang enggan menerima suntikan tersebut bukan kerana anti vaksin sebaliknya hanya menyuarakan keraguan terhadap bahan pelali yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

“Ya… saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober dan suntikan kedua pada November tahun lalu.

“Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti vaksin. Saya cuma persoalkan dan menyuarakan tentang vaksin Covid-19 yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

“Tak tepat panggil saya anti vaksin. Pada saya, tak salah untuk menyuarakan. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tak main cakap saja. Tak ada siapa nak dijangkiti Covid-19.

“Masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil vaksin, tak kena pun jangkitan (Covid-19),” kata Ellie

Ellie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa

Sebelum ini mStar melaporkan Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Malah menerusi laporan mStar pada 28 September lalu, Ellie turut mendedahkan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuannya demi tuntutan kerja.

Dalam pada itu, Ellie memberitahu dia akur menerima suntikan tersebut selepas tempoh dua tahun yang diberikan oleh suaminya untuk menyuarakan tentang vaksin tersebut sudah tamat.

Baca :Akhirnya seorang ustaz mengaku tak ambil suntikan dan bawa jemaah tak vaksin ke Mekah

COMMENTS