Pelajar trauma dibuli senior, perlu rawatan hospital

Pelajar trauma dibuli senior, perlu rawatan hospital

Pelajar trauma dibuli senior, perlu rawatan hospital.Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di daerah ini menjadi mangsa buli pada 9 Disember lalu hingga mengakibatkan remaja tersebut trauma dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian tersebut hanya dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada jam 6.18 petang Rabu.

“Dimaklumkan selepas kejadian itu mangsa dilaporkan mengalami kesakitan pada dada serta trauma dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila seorang pelajar senior tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang menyebabkan dia dibuli,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, lima pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Muar, direman hingga Sabtu bagi membantu siasatan kes buli terhadap pelajar berusia 14 tahun di sekolah sama.

Kelima-lima suspek didakwa membuli seorang pelajar junior sehingga mengakibatkan pelajar itu cedera pada rusuk kiri.

Abdul Razak berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang kini sedang mengesan suspek terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Baca :Lelaki cuba rempuh pasukan polis maut ditembak

COMMENTS