Pekerja lori sampah berjaya rakam entiti misteri bertenggek atas lori

Pekerja lori sampah berjaya rakam entiti misteri bertenggek atas lori

Jika anda pernah berkerja pada waktu shif malam atau awal pagi, pasti ada hari ‘bertuah’ di mana anda ‘terpilih’ untuk diganggu atau ternampak entiti di tempat kerja. Bagi yang kurang berani, sudah pasti anda sudah buka langkah untuk melarikan diri.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook yang mahu dikenali sebagai Zul telah berkongsi dua keping gambar menunjukkan dua ekor ‘hantu’ berjaya dirakam semasa pekerjanya bertugas sekitar pukul 3 pagi

Menurut Zul, gambar-gambar itu telah dirakam di kawasan Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah. Difahamkan gambar pada bahagian kiri itu dipercayai pontianak, manakala pada bahagian kanan pula dipercayai pocong.

Gambar-gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai terutamanya yang minat perihal perkara-perkara paranormal ini. Mereka seakan-akan tidak percaya pada entiti-entiti tersebut yang jelas kelihatan dalam gambar

vocket-hantu-tenggek-bas-3

vocket-hantu-tenggek-bas-5

vocket-hantu-tenggek-bas-9

vocket-hantu-tenggek-bas-9

Namun ada juga netizen yang tidak dapat ‘melihat’ kewujudan entiti pada kedua-dua gambar tersebut walaupun mereka sudah sehabis baik meneliti gambar tersebut. Bagaimana pula dengan anda?

Tambah Zul, kehadiran entiti tersebut yang datang ‘bertenggek’ merupakan kejadian kali kedua dalam minggu ini. Tetapi menurutnya, mereka perlu buat biasa dan tidak takut dengan ‘rakan dunia lain’ kerana manusia dan makhluk ini berkongsi satu dunia yang sama. Asalkan kedua-duanya tidak mengganggu antara satu sama lain, itu sudah cukup baik.

Sumber:https://www.thevocket.com/entiti-misteri-dirakam-bertenggek-atas-lori-sampah-jadi-bualan-netizen/

COMMENTS