‘Pawang Diraja’ mohon maaf kepada Ustaz Kazim Elias

pawang diraja kazim elias

SEORANG lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja tular selepas berkongsi lakaran wajah enam individu yang didakwa menyihir dan melakukan khianat ke atas Datuk Mohd Kazim Elias.

Bagaimanapun, dia pada Isnin malam tampil memohon maaf kepada pendakwah itu dan mengakui sudah memadam video lakaran berkenaan yang dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya menerima respons daripada Datuk Ustaz Kazim Elias di dalam page Facebook peribadi beliau, memohon agar saya menghapuskan atau memadam sosok lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.

“Dengan rela hatinya saya telah pun menghapus dan memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya. Dan saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya.

“Apa-apa pun saya tetap menghormati Datuk Ustaz Kazim Elias. Di sini saya membuat lakaran tersebut dan buat video bukan kerana peribadi atau niat-niat tertentu di mana saya hasilkan lakaran itu atas permintaan ramai yang menyuruh saya membuat lakaran tersebut. Itu sahaja,” ujarnya.

Mendakwa dirinya sebagai perawat, pelukis alam ghaib dan pengamal rawatan tradisional alternatif Islam, Neo berkata dia turut dikecam gara-gara video lakaran berkenaan.

“Jadi kepada yang mengutuk, menghina, mencaci maki dan menghukum saya sesat dan kafir… Alhamdulillah satu rahmat buat saya, dan apa saya ingin maklumkan, saya tidak akan maafkan individu-individu tersebut, baik dunia mahupun akhirat.

“Sekali lagi saya ucapkan ribuan maaf dengan tindakan saya melakar lakaran-lakaran tersebut,” ujarnya yang memiliki 160,000 pengikut di TikTok.

Dalam video yang telah dipadam, Neo berkata lakaran berkenaan tidak berniat menuduh sesiapa sebaliknya sebagai peringatan agar orang ramai berwaspada dalam kehidupan mereka.

“Lakaran yang saya kongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil dari gerak yang maha kuasa. Di sini saya bukan ingin menuduh atau memfitnah sesiapa, dan saya tidak kenal sosok-sosok yang berada dalam lakaran tersebut.

 

BACA JUGA :

Pesanan padu Ustaz Kazim selepas lakaran penyihir tersebar

Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta

Ustaz Kazim kongsi cerita penyihir datang minta maaf kepadanya