Pasangan Pengantin Redah Banjir, Kotorkan Baju Sewa Demi ‘Photoshoot’?.Musim banjir ketika ini juga merupakan dugaan dan menjadi cabaran buat pasangan pengantin yang sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, ada juga kisah di mana pengantin menjadi kreatif untuk merakamkan detik hari bahagia mereka meskipun sewaktu banjir melanda.
Menerusi sebuah video yang viral di TikTok, empat mempelai tersebut dilihat ceria dan gembira meredah banjir untuk merakamkan gambar mereka.
@haraaaaa_ #ditaja Outdoor banjir✅#henna #fypシ #fypシ゚viral #fypsounds #tiktok #haraaaa_ #tiktokpakistan ♬ original sound – kfly_laode – Kifli_laode
Namun, ramai netizen yang menonton aksi mereka itu mengkritik pasangan tersebut kerana memikirkan persalinan yang mereka gayakan basah, kotor dan berbau busuk disebabkan terkena air banjir.
Malah, ramai yang turut memikirkan nasib pemilik butik gaun pengantin jika sekiranya ianya disewa oleh mereka.