Pasangan kekasih berselingkuh di siasat JAIM

Pasangan kekasih berselingkuh di siasat JAIM

Pasangan kekasih berselingkuh di siasat JAIM . Luluh hati seorang suami apabila isterinya dikatakan curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain yang juga berstatus suami orang.

Perkara itu terbongkar selepas lelaki tersebut berpatah balik ke rumahnya di Kampung Tun Razan di sini, kerana tertinggal barang sebelum ternampak isterinya membawa lelaki lain masuk ke kediaman mereka.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas satu klip video di aplikasi Tiktok yang berdurasi 44 saat tular di laman sosial sejak kelmarin yang memaparkan lelaki tersebut melaungkan takbir

‘Allahu Akbar’ setelah kecewa melihat isterinya membawa lelaki lain.

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan menahan sepasang kekasih masing-masing sudah berumah tangga kerana dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah di Kampung Tun Razak pada bulan lalu.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan berusia 33 dan 35 tahun itu telah dicekup oleh imam masjid kampung tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam pada pukul 3.30 petang, 25 Ogos lalu.

 kekasih

Menurut beliau, tangkapan ke atas pasangan kekasih tersebut dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana kesalahan bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.

“JAIM mengesahkan membuat tangkapan membabitkan seorang wanita berstatus isteri orang dan lelaki yang juga telah berkahwin di Kampung Tun Razak pada bulan lalu.

“Pasangan itu dicekup terlebih dahulu oleh imam yang telah diberikan tanggungjawab sebagai pegawai syarak sebelum tangkapan semula dibuat oleh JAIM dan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, pihak nya telah merakam keterangan pasangan tersebut dan kertas siasatan kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk penilaian.

Sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Pihak JAIM mengalu-alukan orang awam untuk membuat laporan terus kepada kami berhubung sebarang kejadian maksiat atau khalwat di talian 017-2621280 supaya tindakan segera dapat diambil.

“Sebaik-baiknya jangan menularkan kejadian itu jika perkara berkenaan dalam pengetahuan kami,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam turut mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau memberitahu, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak JAIM untuk tindakan lanjut

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/30/jaim-siasat-pasangan-kekasih-berselingkuh/

BACA: Isteri ‘tangkap’ suami Kantoi curang di tempat kerja

COMMENTS