Pas umum akan bertanding PRN Melaka, jumlah kerusi masih tak diketahui

Pas umum akan bertanding PRN Melaka, jumlah kerusi masih tak diketahui

Pas umum akan bertanding PRN Melaka, jumlah kerusi masih tak diketahui.PAS mengesahkan akan meletakkan beberapa calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, mereka akan mengambil bahagian seperti yang dizahirkan oleh pemimpin PAS.

Katanya, untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, PAS secara solo bertanding di 23 kerusi daripada 28 kerusi di Melaka.

“Walaupun kita tidak menang, tetapi PAS menunjukkan prestasi yang baik di beberapa DUN yang kita bertanding. Kita dapat kerusi yang agak ‘steady’.

Pas

“Jadi memang menjadi hasrat PAS untuk bertanding dalam PRN Melaka… Cuma berapa kerusi belum diputuskan lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Takiyuddin berkata, beliau berharap pelaksanaan PRN Melaka akan berteraskan muafakat sebagaimana yang ada di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Kita akan bersama dengan semua parti yang ada dengan kerajaan Persekutuan dan tidak ada pertembungan antara satu sama lain,” katanya

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, berkata bagi menghadapi PRN Melaka, PAS juga menubuhkan Jawatankuasa Induk PRN Melaka yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar dan Jawatankuasa Operasi yang diketuai oleh salah seorang daripada Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

“Jadi kita akan mengambil bahagian dan macam mana konsep itu belum diputuskan lagi. Saya sebagai Setiausaha Agung boleh sahkan,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu, DUN Melaka terbubar selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman adalah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Sumber: https://www.gemilangdaily.com/pas-akan-bertanding-prn-melaka-jumlah-kerusi-masih-tak-diketahui/

BACA: Tular Gelagat Melintas Jalan Sambil Menari Curi Perhatian

COMMENTS