PAS di jagka Kaji semula kerjasama dalam PN ?

PAS di jagka Kaji semula kerjasama dalam PN ?

PAS di jagka Kaji semula kerjasama dalam PN.Persoalan sama ada PAS perlu menilai kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam, tidak berbangkit walaupun ia tidak memihak kepada gabungan itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata kedudukan dan hala tuju PAS bersama PN sudah pun dimuktamadkan parti, namun parti itu berhasrat untuk melebarkan lagi kerjasama dengan parti lain bagi mengukuhkan kedudukan politik umat Islam di negara ini.

Memetik laporan Berita Harian ,Nasrudin berkata, parti itu juga menerima keputusan PRN Melaka dengan terbuka dan berlapang dada, selain akan melihat aspek yang boleh ditambah baik.

“Kedudukan PAS dengan PN adalah sesuatu yang sudah dimuktamadkan, iaitu PAS adalah gabungan dalam PN. Jadi, tidak berbangkit soal untuk merombak kedudukan PAS dalam PN.

“Bagaimanapun, apa yang yang mungkin dilakukan parti adalah melebarkan lagi ruang kerjasama dengan pelbagai pihak kerana PAS adalah sebuah parti yang bergerak bukan hanya untuk kepentingan politik semata-mata tetapi untuk dakwah dan tarbiyah Islam itu sendiri,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya sama ada PAS akan mengkaji kedudukannya dalam PN, selepas keputusan PRN Melaka semalam.

Baca :
Barisan Nasional (BN) menang pada PRN itu dan berjaya membentuk kerajaan negeri, selepas memperoleh 21 daripada 28 kerusi yang ditandingi.

PN hanya memenangi dua kerusi, manakala PAS tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya, manakala PH pula memenangi lima kerusi.

Bagaimanapun, Nasrudin mengakui, usaha untuk memperluas kerjasama itu agak sukar dengan pelbagai kekangan, terutama dengan perkembangan politik semasa.

“Bagaimanapun, usaha ke arah penyatuan ummah menjadi agenda asas dalam perjuangan Islam, yang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Tentu saja PAS akan meletakkan Islam sebagai asas penyatuan kita. Kita bukan mengusahakan penyatuan untuk menjadi ‘pak turut’, mengongkong atau menguasai parti lain, tapi membina bersama kekuatan Islam,” katanya.

Berhubung sama ada PAS akan melihat untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Nasrudin berkata, PAS setakat ini tidak merombak hubungannya dalam MN.

Selain itu, beliau memaklumkan, PAS akan mengadakan ‘post mortem’ bagi melihat secara keseluruhan keputusan PRN Melaka, yang akan diterajui mereka yang berada di luar jentera parti.

“Ini bagi memastikan kita mendapat satu keputusan yang adil dan tepat. Hasilnya nanti, mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita ambil untuk kebaikan parti dan menentukan corak pendekatan parti berikutnya,” katanya.

Baca:Gerak 98 dedah sebab PKR kalah semua kerusi di Melaka

COMMENTS