Pas bertanding di Beting Maro Sahaja pada PRN Sarawak

Pas bertanding di Beting Maro Sahaja pada PRN Sarawak

Pas bertanding di Beting Maro Sahaja pada PRN Sarawak.Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 (PRN12) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, keputusan meletakkan seorang calon dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi terkini Covid-19 dalam negara.

Calon tunggal parti itu ialah Setiausaha Pas negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo.

“Keputusan meletakkan hanya seorang calon pada PRN12 dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk situasi Covid-19 yang masih belum berakhir.

“Pas juga mahu memelihara hubungan di peringkat pusat dengan kerajaan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Pas PRN12 Sarawak, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee.

Mohammad Arifiriazul, 37, merupakan usahawan dan pernah bertanding di Lambir, satu daripada 11 kerusi yang ditandingi Pas pada PRN11.

Baca:Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia

COMMENTS