Parti politik galak ahli berpoligami dengan janda

Parti politik galak ahli berpoligami dengan janda

Parti politik galak ahli berpoligami dengan janda.Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia menganjurkan satu program khusus yang menggalakkan anggotanya untuk berpoligami dengan syarat, calonnya ialah seorang janda yang mempunyai anak, lapor laman berita Solopos.com.

Program yang diberi nama Solidariti Tiga Pihak bertujuan menyokong anggota parti yang berkemampuan untuk mengambil janda sebagai isteri kedua bagi menjaga kebajikan anak-anak wanita itu.

Ketua Dewan Syariah Pusat PKS, Surahman Hidayat berkata poligami bukanlah perkara baharu dalam Islam dan diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

“Apa yang cuba dicapai menerusi program ini adalah untuk memuliakan anak-anak yatim dengan mengambil ibu mereka sebagai isteri bagi mereka yang mampu.

“Oleh itu, PKS tidak melarang ahli-ahli yang mahu berpoligami tetapi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,” jelasnya.

Tambah Surahaman, mereka yang berniat untuk berpoligami perlulah mampu dari segi kewangan dan boleh bersikap adil.

Bagi memantau program ini, PKS juga telah menubuhkan Jawatankuasa Keluarga Sakinah bagi memastikan ahli-ahli yang ingin berpoligami tidak menganiaya kaum janda dengan perkahwinan baharu ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/30/parti-politik-indonesia-galak-ahli-berpoligami-dengan-janda/

BACa: Isteri ‘tangkap’ suami Kantoi curang di tempat kerja

COMMENTS