Panduan pengurusan kewangan bagi pesara, anda juga mungkin perlu amalkannya

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ] Panduan pengurusan kewangan bagi pesara, anda juga mungkin perlu amalkannya. Pesara yang idak tahu berjimat cermat dan mengurus kewangan dengan baik adalah sesuatu yang membahayakan serta boleh memberi kesan seumur hidup. Panduan, pengurusan, kewangan, bagi, pesara, anda, juga, mungkin, perlu, amalkannya, Pesara, yang, idak, tahu, berjimat, cermat, dan,mengurus, kewangan, dengan, baik, adalah, sesuatu, yang, membahayakan, serta, boleh, memberi, kesan, seumur, hidup, kementerian kewangan,e kewangan ukm, menteri kewangan, [/bg_collapse]

Panduan pengurusan kewangan bagi pesara, anda juga mungkin perlu amalkannya. Pesara yang idak tahu berjimat cermat dan mengurus kewangan dengan baik adalah sesuatu yang membahayakan serta boleh memberi kesan seumur hidup.

Dengan hutang yang baru sahaja diselesaikan, golongan pesara perlu berjimat cermat untuk berbelanja.

Bagi pesara yang tidak mempunyai simpanan atau pencen, kos perbelanjaan yang semakin meningkat sedikit sebanyak telah membebankan kehidupan mereka. Lebih menyedihkan, ada juga dalam kalangan mereka yang terpaksa hidup dalam kesusahan kerana kekurangan wang untuk menyara kehidupan.

Sama ada mempunyai simpanan atau lebihan wang, penting untuk kita semua berjimat cermat. Jom lihat tips jimat cermat bagi pesara yang boleh kita rancang dan amalkan.

1. Tukar Gaya Hidup Dan Gaya Perbelanjaan 

Jika sebelum ini anda sering berbelanja dengan gaya hidup yang mewah, mungkin ini adalah waktu yang tepat untuk anda hentikannya atau tukar gaya yang lebih baik lagi.  Berbelanja mewah bukanlah terbaik kerana adakala seseorang itu tidak berjimat cermat dan menyebabkan pembaziran tanpa disedari.

Lagi pula, penting untuk tetapkan matlamat untuk menjimatkan wang pencen anda. Caranya adalah anda harus mengenal pasti perbelanjaan yang tidak diperlukan dengan membatalkan atau mengurangkan komitmen tersebut.

Ia adalah salah satu tips jimat cermat bagi pesara. Sekiranya sebelum ini anda sering makan di restoran mewah, kini anda boleh memasak makanan yang lebih berkhasiat di rumah dan jauh lebih murah kosnya.

2. Urus Hutang Yang Dimiliki

Menguruskan hutang adalah antara tips terbaik untuk berjimat yang boleh kita ikuti. Kita akui bahawa hutang membuatkan kita merana sekiranya ia tidak diuruskan dengan sebaik mungkin.

Bagi pesara, elakkan mempunyai hutang kad kredit kerana ia dapat membebankan hidup kelak. Tidak perlu tambah hutang lagi, malah apa yang perlu anda lakukan adalah uruskan hutang yang sedia ada.

3. Gunakan Pengangkutan Awam

Memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam memberi banyak faedah kepada kita semua. Bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, tetapi ia dapat mengurangkan kos pengangkutan.

Antara pengangkutan awam yang dapat menjimatkan wang bagi pesara adalah LRT, kereta api, bas, Grab dan sebagainya. Jika anda tergolong dalam kategori warga emas, ada beberapa jenis pengangkutan awam yang memberikan diskaun sehingga 50%!

4. Terus Sediakan Simpanan Masa Depan

Simpanan  sememangnya amat penting, walaupun selepas anda bersara. Jadi anda harus membuat simpanan yang kukuh dari segi kewangan untuk kecemasan, perubatan, percutian dan lain-lain lagi. Salah satu tips jimat cermat bagi pesara adalah pastikan simpanan anda dapat menampung sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan anda.

5. Bijak Guna Peluang Yang Ada

Sebagai seorang pesara, kita juga harus bijak dalam menggunakan peluang yang ada.  Contohnya, banyak perkhidmatan yang menyediakan potongan khas bagi warga emas dalam berbelanja dan juga menerima rawatan kesihatan percuma.

Oleh itu, tidak salah jika ingin berjimat cermat, anda boleh gunakan semua kemudahan yang disediakan ini. Selain itu, sekiranya anda aktif dalam berbelanja, gunakan kelebihan yang diberi seperti kumpul mata ganjaran dan dapatkan diskaun untuk barang keperluan.

Akhir kata, berada pada usia pesara bukanlah masa yang sesuai lagi untuk menggunakan wang sesuka hati. Jika anda bekerja sekalipun, pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu.

Wang yang ada juga harus digunakan dengan sebaik mungkin dan hiduplah mengikut kemampuan diri. Bak kata pepatah orang dulu-dulu, ‘beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis’.

Berita Lain:

Anak demam panas letak tuala basah, salah tu !!! Doktor ini jelaskan mengapa…

Hail Amir bergelar Datuk setelah hampir 50 tahun dalam bidang seni

Pelajar tak makan KFC waktu jamuan, jawapannya buat ramai menitis air mata