Panas !!! Vellfire SADA ‘KEP5000’ untuk kegunaan MB Kedah dijumpai, kini tular

Panas !!! Vellfire SADA ‘KEP5000’ untuk kegunaan MB Kedah dijumpai, kini tular

Hari ini tular dua keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta Toyota Vellfire Model ZG Edition berwarna hitam dengan plat nombor KEP5000 yang disembunyikan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Kelihatan nombor plat di bahagian belakang kereta ditutup dengan kotak supaya nombor plat tidak kelihatan. Namun di bahagian hadapan kelihatan jelas nombor plat kereta tersebut KEP5000.

Sebelum ini kecoh apabila kereta Toyota Vellfire dengan plat nombor KEP5000 dikaitkan dengan pihak SADA dan MB Kedah. Tampil membuat pengakuan dan penafian, SADA mengakui telah membeli kereta model tersebut dengan plat nombor KEP5000. SADA dalam siaran media yang dibuat bertarikh 15 Oktober 2020 juga menyatakan bahawa pembelian tersebut dilakukan tanpa melibatkan MB Kedah dan kereta tersebut hanya untuk kegunaan pihak pengurusan SADA.

 

Warganet mengecam tindakan SADA membeli kereta baharu itu disaat masalah air di negeri Kedah masih belum dapat diselesaikan lagi. Malah kewangan SADA juga menunjukkan hutang yang mencecah hampir puluhan jutaan ringgit. Dalam keadaan kewangan yang meruncing itu, SADA masih mampu berbelanja mewah membeli sebuah kereta Toyota Vellfire.

Selain itu, hari ini mula tular sekeping surat yang bertajuk “Kebenaran Membawa Kenderaan YAB Menteri Besar Kedah D.A”. Antara kandungan surat berkenaan menunjukkan bahawa penama di dalam surat berkenaan bertanggungjawab untuk menghantar kereta Toyota Vellfire tersebut kepada MB Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN : PANAS! : Masalah air tidak selesai, Sanusi guna SADA beli kereta baru!

ARTIKEL BERKAITAN : PANAS : Sanusi “jahanamkan” SADA

Surat tersebut juga menyatakan dengan jelas bahawa kereta tersebut adalah kereta untuk kegunaan rasmi MB Kedah. Kereta tersebut telah dihantar sewaktu Alor Setar menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini. Walaupun dalam tempoh PKPD, nafsu Sanusi untuk bermewah tidak dapat ditahan lagi.

Kini satu demi satu bukti terbongkar. Jika pembelian kereta tersebut dibuat kerana keperluan yang terlalu mendesak, kenapa pihak SADA cuba menyembunyikannya dari pengetahuan awam. Siapa yang memberikan arahan untuk pembelian kereta tersebut? Kenapa kereta tersebut perlu disorokkan? Sejauh mana pihak SADA dan MB Kedah ingin menyimpan rahsia ini, pastinya akan terbongkar satu demi satu di kemudian hari.

Kini rakyat Kedah boleh menilai sejauh mana zuhudnya MB Kedah yang terkenal dengan tagline “Telur sebiji potong lapan” ini.

 

Berita penuh : https://utaradaily.com/gempar-vellfire-kep5000-milik-sada-telah-dijumpai/

COMMENTS