Panas!!! Ustazah ‘menggoda’ cetus kemarahan di Singapura

Panas!!! Ustazah ‘menggoda’ cetus kemarahan di Singapura

Wakil rakyat dan guru agama Islam (asatizah) di Singapura mengecam satu tinjauan menjelikkan yang dilakukan di sebuah platform media sosial, lapor akhbar The Straits Times.

Tinjauan tersebut meminta orang ramai menyenaraikan asatizah wanita atau ustazah berdasarkan daya tarikan seksual mereka daripada senarai yang diberikan. Perkara itu pertama kali diketengahkan oleh guru agama tempatan, Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin dalam statusnya di laman Instagram semalam.

Senarai itu mengemukakan sekurang-kurangnya 12 ustazah dan mendapat 1,005 penyertaan netizen.

“Saya menerima panggilan cemas daripada seorang ustazah dan terkejut! Semua yang disenaraikan adalah adalah ustazah tempatan kami,” kata Ustaz Muhammad Zahid

Timbalan Pengarah Majlis Agama Islam Singapura, Ustaz Irwan Hadi turut menyuarakan kemarahan beliau berhubung kaji selidik tersebut dan mahu mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman sekeras-kerasnya.

Mengulas kenyataan Ustaz Irwan, wakil rakyat tempatan iaitu Zhulkarnain Abdul Rahim memberitahu, mereka yang bertanggungjawab mengadakan mengadakan tinjauan pendapat itu mesti dibawa ke muka pengadilan.

Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa tinjauan pendapat itu disiarkan di platform media sosial MeWe

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/27/ranking-ustazah-menggoda-cetus-kemarahan-di-singapura/

COMMENTS