Panas !!! Umno Terengganu tolak pelawaan Pas sertai kerajaan

Panas !!! Umno Terengganu tolak pelawaan Pas sertai kerajaan

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Exco Terengganu YB Dr Azman Ibrahim yang mengatakan kerajaan Negeri Terengganu YB Dr Azman Ibrahim yang mengatakan kerajaan Negeri Terengganu akan melantik lima individu daripada kalangan ahli parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menggangotai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri bermula Januari 2021.

UMNO Terengganu kekal dengan keputusan terdahulu di mana kami akan bekerjasama dengan kerajaan tetapi tidak akan menduduki sebarang jawatan pengurusan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri YB Dato’ Seri (Dr) Ahmad Said pada Mac 2020.

Keputusan ini telah diputuskan sebagai menghormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang memilih Pas menerajui dan mentadbir negeri ini.

Sebarang pertimbangan semula akan dilakukan secara teliti selepas mandat rakyat berakhir dan mandat baru diperoleh selepas ini.

Apa yang menjadi keutamaan UMNO pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap usaha menghadapi pandemik Covid-19 yang masih belum tamat dan jelas memberi kesan kepada kesihatan dan ekonomi rakyat dan negara.

Adalah lebih baik ketepikan dahulu soal kuasa dan sewajarnya kita semua berganding bahu mencari jalan penyelesaian dalam membantu rakyat di bawah yang terjejas teruk akibat wabak yang melanda ketika ini.

Tambahan pula, rakyat pada masa ini berharap intipati utama Bajet 2021 yang bakal dibentangkan sama ada di peringkat pusat dan negeri akan mengambil kira kepentingan semua perkara namun perlulah mengutamakan rakyat dan negara.

Kami menyokong penyelarasan semula nama MPKK kepada JPKK selaras dengan Pusat di samping struktur asal wajar dikekalkan kepada 15 orang.

Marilah semua berdoa negara kita mampu menangani wabak Covid-19 untuk kesejahteraan semua Insyaallah.

Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang.

5 November 2020

Sumber :

COMMENTS