Panas !!! Tiada peruntukan : Guru Agama Kelantan tiada elaun untuk bulan 12

Panas !!! Tiada peruntukan : Guru Agama Kelantan tiada elaun untuk bulan 12

Semalam tular satu surat daripada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelanatan (MAIK) berhubung status pembayaran elaun guru takmir yang mengajar di masjid surau seluruh Kelantan.

Surat bertarikh 8 Oktober 2020 itu memaklumkan bahawa pihak MAIK hanya membayar elaun guru takmir di seluruh Kelantan berasaskan peruntukan yang disalurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut surat itu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Takmir Masjid /Surau Peringkat Negeri Kelantan Bil.1/2020 berkaitan bayaran tuntutan elaun mengajar kelas takmir adalah untuk sebelas bulan sahaja iaitu Januari hingga November sahaja.

Ia turut memaklumkan bayaran elaun 11 bulan sahaja tersebut dibuat berdasarkan peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Surat yang ditandatangani Timbalan Yang Dipertua MAIK itu juga memaklumkan guru-guru takmir yang ingin meneruskan kelas pengajian takmir bagi bulan Disember boleh terus berbuat demikian namun bagaimanapun elaun mengajar tidak boleh dituntut dengan MAIK.

Guru takmir adalah guru-guru agama yang dilantik oleh pihak JAKIM dan MAIK untuk menjalankan kelas-kelas pengajian di masjid surau.

Menurut kebiasaannya, peruntukan elaun kepada guru takmir ini akan disediakan oleh pihak JAKIM dengan disalurkan kepada pihak berkuasa agama negeri.

Biasanya ia terkandung sekali dalam bajet tahunan pihak JAKIM termasuk gaji guru KAFA dan lain-lain.

Sumber :

COMMENTS