Panas !!! Tak sampai 24 jam, tular lagi satu iklan judi raya yang lain galak orang islam berjudi

Panas !!! Tak sampai 24 jam, tular lagi satu iklan judi raya yang lain galak orang islam berjudi

SELEPAS dua hari heboh sebuah operator judi dalam talian menyiarkan video iklan bertemakan hari raya mengakibatkan semua pelakonnya ditahan polis, kali ini satu lagi iklan judi dalam talian berkait hari raya tular dalam media sosial.

Iklan berdurasi tiga minit 19 saat itu turut memaparkan ‘jalan cerita’ yang lebih kurang sama dengan video pertama, seolah-olah ‘menggalakkan’ orang ramai dirundung masalah untuk ‘mencuba nasib’ bagi memastikan hari raya lebih ceria.

Bukan sahaja cuba mencetuskan provokasi terhadap kesabaran orang ramai, malah penghasilan iklan sebegini juga ternyata menyinggung sensitiviti umat Islam ketika Ramadan baru memasuki hari kelima.

Operator judi dalam talian itu juga malah dipercayai menggunakan pelakon beragama Islam dalam video tersebut.

Jika iklan pertama sudah berada dalam pemerhatian polis, sudah tentu penularan video kali ini akan disiasat sewajarnya.

Baca artikel berkaitan: Semua pelakon video iklan judi cari ‘duit raya’ telah ditangkap, akan direman esok

Mengulas mengenai penyebaran sebuah lagi video yang turut mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan polis mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini belum ada laporan tetapi saya sudah arahkan satu laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kelmarin, pelbagai kecaman diluahkan umat Islam terhadap operator judi selepas sebuah iklan berkait hari raya tular dalam media sosial.

Antara yang awal mengeluarkan kenyataan menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap iklan tersebut ialah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, kesemua pelakon dalam video iklan mencari ‘duit raya’ dengan berjudi secara dalam talian yang mencetuskan kemarahan umat Islam itu telah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan semua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara tanpa mendedahkan secara terperinci waktu penahanan mereka.

Mengikut perancangan, Majistret Kuala Lumpur akan datang ke IPD Dang Wangi hari ini untuk meluluskan permohonan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Sebelum itu, Acryl Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tular itu dibuat selepas dikesan dalam media sosial.

“Polis telah memulakan siasatan terhadap video berdurasi dua minit satu saat itu.

“Isi kandungan video ini jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Penerbit dan pelakon akan dikesan serta dipanggil untuk dirakan keterangan untuk disiasat lanjut,” katanya.

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/04/17/satu-lagi-iklan-hari-raya-judi-dalam-talian-tular/

COMMENTS