Panas !!! Speaker sanggah kenyataan Dr Noor Hisham kes positif Covid di parlimen

Panas !!! Speaker sanggah kenyataan Dr Noor Hisham kes positif Covid di parlimen

Petugas Dewan Negara dan anggota polis bantuan yang didapati positif wabak koronavirus (Covid-19) tidak berada di bangunan Parlimen selepas menjalani ujian wabak itu pada Rabu lalu.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, laporan yang dikeluarkan semalam adalah tidak tepat.

“Sebenarnya laporan semalam yang mengatakan polis bantuan (Parlimen) itu mendapat Covid-19 tidak benar. Bukan polis bantuan kita.

“(Tetapi) polis bantuan yang berkhidmat di tempat lain. Jadi itu penjelasan (susulan kekeliruan laporan semalam),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Azhar memberikan penjelasan itu bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) sebelum sesi pertanyaan menteri bermula.

Terdahulu, Mahfuz membangkitkan isu keselamatan semua ahli Parlimen dan semua pihak yang berada di bangunan itu susulan laporan semalam mengatakan polis bantuan Jabatan Perdana Menteri (JPM) disahkan positif Covid-19.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108203/KHAS/Koronavirus/Polis-bantuan-positif-Covid-19-tidak-bertugas-di-Parlimen

COMMENTS