Panas !!! Setengah bilion data pengguna FB bocor dalam talian… Ini puncanya…

Panas !!! Setengah bilion data pengguna FB bocor dalam talian… Ini puncanya…

Terdahulu sekitar penghujung Januari yang lepas, sejumlah 553 juta nombor telefon pengguna Facebook dilaporkan telah dijual melalui bot telegram. Namun kini, isu terbabit nampaknya kembali lebih hangat apabila data peribadi platform media sosial paling popular itu dibocorkan secara dalam talian.

Antara senarai data yang terlibat adalah seperti nombor telefon, ID Facebook, nama penuh, lokasi, tarikh lahir, dan terdapat juga sesetengah data melibatkan alamat e-mel.

Menurut jurucakap Facebook kepada Business Insider, data-data yang dibocorkan ke internet itu dikutip sewaktu Facebook menghadapi masalah sekuriti pada 2019. Dijelaskan juga bahawa kelemahan sekuriti tersebut telah dikemaskini pada Ogos tahun yang sama.

Alon Gal, individu yang bertanggungjawab mengesan isu kebocoran data ini berpendapat, Facebook mungkin tidak mempunyai pilihan mahupun ruang yang cukup untuk membendung masalah yang sudah terjadi berikutan data-data tersebut, sedia dibocorkan dan boleh didapati secara percuma.

Beliau menambah, apa yang boleh dilakukan oleh gergasi media sosial itu adalah menyarankan kepada setiap pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan seperti taktik phishing serta penipuan data peribadi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Melihat kepada isu ini dan ditambah dengan skandal Cambridge Analytica melibatkan data 80 juta pengguna yang terjadi beberapa tahun lepas, ia menimbulkan lebih banyak persoalan serta persepsi buruk terhadap Facebook.

Sebagai peringatan, kita sebagai pengguna Facebook perlu mengambil langkah berhati-hati kerana ia ibarat peluang yang sedia terhidang buat penggodam serta pihak tidak bertanggungjawab lain untuk memanipulasi bocoran data tersebut.

Sumber:https://wiser.my/data-lebih-setengah-bilion-pengguna-facebook-dibocorkan-secara-dalam-talian?fbclid=IwAR2MgRP7zw2ugYY9RDyrRkrKwwq2240amGDI1km8ZGgt_ywMMbEGMB2h8yM

COMMENTS