Panas !!! Semua menteri kunci mulut pasca mesyuarat khas kabinet

Panas !!! Semua menteri kunci mulut pasca mesyuarat khas kabinet

Selepas tiga jam bermesyuarat, usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai inti pati mesyuarat khas yang diadakan pagi ini gagal.

Ia selepas kesemua menteri bertindak mengunci mulut ketika didekati pemberita yang menunggu di pintu keluar bangunan Perdana Putra.

Kenderaan pertama yang keluar dari bangunan itu dipercayai membawa Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique jam 12.45 tengah hari diikuti oleh beberapa menteri Kabinet lain.

Turut keluar daripada bangunan itu, kenderaan yang dinaiki Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Mesyuarat itu dipercayai antara lain membincangkan mengenai belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November depan.

Sejak semalam, timbul spekulasi satu mesyuarat khas diadakan dipercayai berhubung dengan rombakan Kabinet.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106580/BERITA/Nasional/Menteri-kunci-mulut-inti-pati-mesyuarat-terus-jadi-teka-teki

COMMENTS