Panas!!! Polis terima laporan wanita didakwa persenda Islam

Panas!!! Polis terima laporan wanita didakwa persenda Islam

Polis menerima laporan berhubung seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik yang didakwa mempersendakan agama Islam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan diterima ibu pejabat polis daerah ini pada 10.25 pagi hari ini.

“Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi dalam WhatsApp malam tadi, memaparkan wanita Melayu lingkungan 30-an menyatakan dia tidak suka sembahyang dan semua orang tidak solat pada 2021.

“Tindakan itu boleh dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama serta boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, semakan awal sudah dibuat terhadap video itu dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (KK) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, beberapa klip video mengenai wanita itu tular di media sosial sejak malam tadi, yang turut didakwa mempersenda mengenai solat dan bacaan Yasin.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/711859/polis-terima-laporan-wanita-didakwa-persenda-islam

COMMENTS