PANAS!!! PH tidak pernah setuju tarik usul undi percaya

PANAS!!! PH tidak pernah setuju tarik usul undi percaya

PH tidak pernah setuju tarik usul undi percaya.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada Isnin tidak bermakna pembangkang akan memberi sokongan kepada usul undi percaya kepada Perdana Menteri, jika ia dilaksanakan.

Tegas Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.

Jelas Presiden PKR itu, perkara itu telahpun dinyatakan secara terbuka sejak awal lagi ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, serta dipersetujui oleh semua wakil pemimpin parti dalam pertemuan tersebut.

“Jadi, sebab itu bagi kita bermula dengan asas ini harus ada undi percaya. Tetapi kita tidak mahu itu yang terkait dengan isu keabsahan, membatalkan usaha kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk COVID-19 dan ekonomi.

“Sebab itulah saya sebut kepada Perdana Menteri, walaupun kita tak setuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk tidak meneruskan undi percaya, kita akan tetap beri kerjasama berbincang mengenai soal MoU,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

BACA: Bekas tentera rogol, liwat anak perempuan dipenjara 24 tahun

Anwar merupakan Ahli Parlimen pembangkang pertama yang membahaskan Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14, hari ini.

BACA: Pemimpin Al-Qaeda digeruni Barat yang disangka mati, rupanya masih hidup

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/video-terkini/dewan-rakyat-ph-tidak-pernah-setuju-tarik-usul-undi-percaya-1922948

COMMENTS