Panas !!! Pemimpin Bersatu tetap anggap darurat jalan terbaik buat masa ini

Panas !!! Pemimpin Bersatu tetap anggap darurat jalan terbaik buat masa ini

Gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia mencetuskan kebimbangan segenap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan pemerintah negara. Ada orang politik yang terus mencari populariti politik. Tapi fokus rakyat amat berbeza. Rakyat umumya mahu kerajaan yang bekerja untuk menjaga nasib mereka dan memastikan mereka selamat.

Secara peribadi saya juga pada awalnya agak gusar dengan cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Tetapi setelah mendengar penjelasan, saya faham kenapa ia adalah langkah yang paling rasional.

Peningkatan kes secara mendadak jelas dapat dilihat. Sabah mencatatkan kes harian paling tinggi. Negeri-negeri lain pun meningkat. Kawasan hijau jadi kuning. Kuning pula jadi merah.

Bukan Malaysia saja yang sengsara. Seluruh dunia menyaksikan trend peningkatan kes baru. Minggu lepas media Jerman Deutche Welle melaporkan 133 negara menunjukkan peningkatan ketara. Maksudnya, ini trend dunia dan gelombang ini berlaku di mana-mana.

https://www.dw.com/…/coronavirus-global…/a-53954594

Di United Kingdom pula, pakar-pakar meramalkan bahawa kita terpaksa berhadapan dengan virus ini untuk tempoh yang lama lagi.

https://www.bbc.com/news/uk-53488142

Sehingga hari ini, sekitar 80 negara telah mengisytiharkan beberapa bentuk darurat kesihatan awam (public health emergency) untuk membolehkan pelbagai tindakan yang lebih tuntas diambil. Bukan darurat selama-lamanya. Tapi darurat kesihatan awam yang sementara bagi memberi ruang kerajaan menangani krisis.

https://www.thestar.com.my/…/malaysia-not-the-first…

Di negara kita, ada beberapa orang, termasuk Timbalan Presiden UMNO, yang mengatakan mereka tidak mahu darurat kesihatan. Pandangan sebegini tidak mengambil kira kepentingan rakyat. Bolehlah popular sebentar. Tetapi yang akan sengsara nanti ialah rakyat biasa, bukan orang-orang elit yang serba ada. Yang akan sengsara ialah rakyat biasa di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan hospital lengkap, bukan mereka yang mampu keluar masuk hospital swasta.

Majlis Keselamatan Negara bermesyuarat panjang hampir setiap hari. Biarlah mereka buat keputusan berdasarkan pandangan profesional. Covid-19 tidak seharusnya diguna untuk meraih populariti. Ada kalanya keputusan yang tidak popular perlu dibuat. Itu baru politik yang bertanggungjawab.

Saya difahamkan petugas pilihanraya secara umumnya amat bimbang untuk bertugas di Batu Sapi. Begitu juga untuk Sarawak, sekitar 40,000 petugas pilihanraya diperlukan. Siapa yang tidak bimbang jika terpaksa menjadi petugas pilihanraya musim Covid-19 ini? Sekolah mana nak tawar diri jadi pusat mengundi? Nak paksa cikgu-cikgu ambil risiko bertugas di Batu Sapi dan Sarawak? Kerajaan yang bertanggungjawab sudah pasti mencari jalan mengelakkannya.

Harus diketahui bahawa darurat kesihatan awam tidak mempengaruhi kehidupan seharian rakyat malahan kehidupan kita berjalan seperti biasa. Kerajaan tetap berfungsi. Rakyat tetap berjual beli. Ibu bapa tetap boleh diziarahi.

Yang jadi masalah di sini ialah pilihanraya. Boleh lah kalau ada parti nak umum tak bertanding. Tapi kalau calon bebas letak nama bagaimana? Mereka bukan dari mana-mana parti.

Lebih dari itu, bagaimana jika rakyat di Batu Sapi memang ada yang nak pilih calon lain? Dengan tarik diri, adakah hak rakyat untuk memilih diketepikan saja? Bukankah lebih baik ditangguhkan sekejap pilihanraya dan laksanakan selepas suasana lebih baik, agar rakyat boleh memilih dengan sempurna dan adil?

Negara kita ada undang-undang. Satu-satunya cara yang sah disisi undang-undang untuk menangguhkan PRK Batu Sapi ialah dengan isytihar darurat kesihatan awam sementara.

Jika darurat kesihatan awam bersasar boleh menjadi solusi, mungkin kerajaan patut pertimbang. Tapi kalau cara bersasar tidak menyelesaikan masalah, kita wajib mendahulukan pandangan profesional yang disuarakan dalam MKN.

Bukan kira-kira politik atau populariti peribadi. Begitu juga untuk Sarawak.

Sumber :

COMMENTS