Panas!!! Papagomo akan terima surat penggantungan ahli umno?

Panas!!! Papagomo akan terima surat penggantungan ahli umno?

Papagomo akan terima surat penggantungan ahli umno.Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris akan menerima surat penggantungan keahliannya hari ini, kata setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.

“Saya tak nak bagi komen apa-apa sehinggalah surat keluar, mungkin hari ini dia akan dapat surat itu,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengesahkan penggantungan keahlian Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo.

Pada 28 April lalu, Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata seorang Exco pergerakan parti itu akan dihadapkan ke lembaga disiplin parti berikutan tindakannya yang didakwa bercanggah dengan pendirian Umno dalam soal hubungan dengan Bersatu.

Papagomo

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak mendedahkan nama individu terbabit dan menyerahkan kepada lembaga disiplin serta Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan.

Sebelum itu, sekumpulan ahli Umno Bahagian Wangsa Maju menyerahkan laporan salah laku Wan Muhammad Azri kepada lembaga disiplin parti.

Dalam laporan itu, Wan Muhammad Azri didakwa melanggar Perlembagaan Umno menggunakan Facebook miliknya sama ada dalam bentuk kenyataan bertulis mahupun rakaman video.

Hantaran itu antara lain didakwa cuba memujuk akar umbi dan pemimpin Umno untuk bersama dengan Bersatu sedangkan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 menolak kerjasama itu.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589528

BACA: (Video) Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah

COMMENTS