Panas !!! Orang ramai mula zahirkan protes darurat di sana sini

Panas !!! Orang ramai mula zahirkan protes darurat di sana sini

Spekulasi darurat sejak semalam menimbulkan kebimbangan orang ramai sehingga ada antara mereka menjadikan kemudahan awam sebagai tempat menzahirkan tanda protes.

Pelekat protes darurat dikesan ditampal individu yang tidak diketahui pada papan tanda di beberapa lokasi, antaranya di Stesen KL Sentral dan Taman Jaya.

Kejadian vandalisme itu tular di media sosial dan turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut berkongsi entri sama di Facebook beliau hari ini.

Najib bagaimanapun, menasihatkan agar sebarang bentuk bantahan perlu disuarakan menggunakan saluran yang betul tanpa merosakkan kemudahan awam.

“Korang nak bantah pun, jangan tampal atas papan tanda kemudahan awam.

“Bagaimana orang nak baca signboard (papan tanda)?

“Tahulah ada yang marah. Itu hak kamu. Tapi sila cari tempat lain untuk tampal atau saluran lain untuk protes,” menurut perkongsian di Facebook beliau itu.

Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan pengguna untuk bersama-sama menjaga fasiliti untuk keselesaan bersama.

“Adalah penting untuk kita menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan semua fasiliti dan kemudahan awam dijaga dengan baik demi kemudahan dan keselamatan semua orang.

“Bersama-sama kita menjadi warga kota berkelas dunia dan sentiasa mengamalkan budaya berhemah untuk kesejahteraan semua,” menurut Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106830/BERITA/Nasional/Kemudahan-awam-jadi-tempat-protes-darurat

COMMENTS