Panas!!! Netizen kecam wanita tepuk tangan selepas keluarga dijangkiti Covid-19

Panas!!! Netizen kecam wanita tepuk tangan selepas keluarga dijangkiti Covid-19

Sekiranya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan, seseorang itu pasti akan bimbang mengenai tahap kesihatan dan kesan akibat jangkitan virus tersebut.

Namun, berbeza dengan situasi seorang wanita ini apabila netizen mendakwa dia bangga selepas mengetahui keputusan ujian swab dimana dirinya dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Video aksi ‘gembira’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, @sasorikageyoshi yang memaparkan tangkap layar daripada InstaStory wanita berkenaan.

 

“Orang lain tengah bersedih, stress sebabkan Covid-19. Tapi ada sampah yang bangga positive Covid-19 siap tepuk tangan kongsi di InstaStory,” tulis @sasorikageyoshi.
Rakaman tangkap layar berdurasi satu minit itu juga memperlihatkan dua warga emas dipercayai ibu bapa wanita itu ketika melakukan ujian swab di dalam kereta secara pandu lalu selepas disyaki dijangkiti virus Covid-19.

 

seorang warga twitter juga mengecam hantaran tersebut

Selalunya spesis kelantan mcmni la yg memalukan nama kelantan…adoiii…bodo siak pompuan mcmni…aku pon kelantan jgk…tpi takda keje nak tunjuk kebodohan camni dekat public…malu la sket dgn org muda kak oii

“Kami semua suspek Covid-19 gais, aku tak tahu nak suka atau menangis dah ni,” tulis wanita berkenaan dalam loghat Kelantan.
Selepas memperoleh semua keputusan ujian swab, wanita itu seolah-olah ‘meraikannya’ dengan bersorak dan bertepuk tangan sambil merakam reaksi orang tuanya di tempat duduk belakang.

Berikutan itu, rata-rata warganet ‘bingung’ dan mempersoalkan tindakan ‘happy go lucky’ wanita itu sehingga posting tersebut diulang kicau hampir 3,700 kali.

Sumber:https://ohmymedia.cc/netizen-kecam-wanita-tepuk-tangan-selepas-keluarga-dijangkiti-covid-19/

COMMENTS