Panas !!! Mesyuarat tergempar Umno tanpa kelibat Ismail Sabri

Panas !!! Mesyuarat tergempar Umno tanpa kelibat Ismail Sabri. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak menghadiri perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua-Ketua Bahagian parti di Menara Dato’ Onn, di sini, pada Isnin.

Perkara itu disahkan sumber kepada media ketika ditanya sama ada Ismail Sabri akan menyertai perjumpaan berkenaan hari ini.

“Waalaikummussalam. Tak,” jawab sumber tersebut ringkas ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO itu.

Panas !!! Mesyuarat tergempar Umno tanpa kelibat Ismail Sabri

Difahamkan, setakat pukul 2 petang tadi, Ismail Sabri masih berada di Putrajaya.

Begitupun, masih ada khabar angin mendakwa Perdana Menteri akan hadir pertemuan hari ini, antara pukul 3 ke 3.30 petang ini.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid juga difahamkan akan meninggalkan mesyuarat bagi menghadiri kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

BACA:

Bergelek sakan, biar Allah tentukan rezeki saya halal atau haram – Baby Shima

Para suami yang jadi surirumah bakal dapat skim perlindungan PERKESO

Pelanggan dibaling gunting bila tanya makanan dah 30 minit tak siap-siap