Panas !!! Menteri Kewangan didakwa mengelak dari jawab senarai projek rundingan terus bawah PN

Panas !!! Menteri Kewangan didakwa mengelak dari jawab senarai projek rundingan terus bawah PN

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz digesa untuk mendedahkan bilangan projek yang diberikan secara rundingan terus ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong membidas Zafrul yang menurutnya mengelak daripada menjawab soala itu dalam jawapan bertulis parlimennya.

Sebelum ini, ahli Parlimen DAP itu meminta Zafrul memberikan senarai penuh bagi tender di bawah BN (2013-2018) dan PN (Februari 2020 – sekarang). Dia juga meminta bilangan tender yang diberikan secara rundingan terus.

Bagaimanapun, jawapan bertulis Zafrul bertarikh 4 November yang menyenaraikan kriteria yang membolehkan kerajaan menganugerahkan projek kepada syarikat melalui rundingan seumpama itu.

“Jelas bahawa menteri tidak menjawab soalan.

“Saya akan hantar surat susulan kepada Speaker untuk meminta Kementerian Kewangan memberi jawapan semula. Pada pandangan saya, ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat kerana tidak menjawab soalan,” katanya.

Khoo turut menyertakan gambar salinan jawapan bertulis itu dalam kenyataannya.

Pemeriksaan Malaysiakini mendapati soalan Khoo (Soalan no. 39) tiada dalam senara jawapan bertulis bertarikh 4 November yang dimuat naik di laman web Parlimen.

Dalam pada itu, Khoo turut membangkitkan tindakan Zafrul yang sebelum ini mendedahkan maklumat berkenaan projek rundingan terus ketika pentadbiran PH.

“Tapi mengapa sekarang (untuk projek bawah PN) tidak dedahkan? Maaf jika terkasar tetapi adakah Tengku Zafrul takut hendak dedahkan?” soalnya lagi.

Ketika sidang Parlimen yang lalu, Zafrul menyatakan sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus oleh PH.

Kemudian dia turut memberikan senarai penuh projek-projek tersebut.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kemudian menjelaskan kira-kira 95 peratus daripada projek itu adalah daripada kerajaan BN.

Berita penuh ; https://www.malaysiakini.com/news/551140

COMMENTS