Panas !!! Mengapa Mahathir asyik cari pasal dengan Anwar?

Panas !!! Mengapa Mahathir asyik cari pasal dengan Anwar?

Pertamanya, kita nak beritahu Mahathir jangan cuba nak perbodohkan rakyat untuk melindungi kerja-kerja khianat kamu membantu menjatuhkan kerajaan PH dengan menafikan kebolehan Anwar Ibrahim sebagai PM.

Kalau kebolehan seseorang PM itu adalah diukur dengan kepandaian mengkayakan anak beranak seperti Mahathir mengkayakan Mirzan dan Mokhzani, memang betullah, Anwar tidak sehebat Mahathir di dalam.aspek ini.

Seandainya, kebolehan seseorang PM itu diukur dengan kecekapannya mengkayakan kroni-kroni seperti apa yang Mahathir pernah pamerkan sewaktu beliau menjadi PM selama 22 tahun dahulu, maka benarlah bahawa Anwar tidak sehebat Mahathir. Siapa tidak mengenali Vincent Tan atau Syed Mokhtar Albukhary, bahkan anaknya Mokhzani pun kaya raya sampai sekarang. Dan, ramai lagi yang banyak berada di keliling Mahathir ketika itu.

Anwar gagal ikuti Mahathir dalam.aspek ini. Bahkan keluarga Anwar biasa-biasa sahaja, tiada seorang pun bergelar jutawan atau bergelar tokoh koperat. Bodoh benar Anwar setelah pernah menjadi TPM dan Menteri Kewangan selama berbelas tahun, tidak mampu perkayakan anak beranaknya sendiri?

Majalah ekonomi antarabangsa pernah menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.

Fakta dan rekod jelas menunjukkan ekonomi dan defisit negara terbaik adalah di era Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.

Islamisasi di dalam pentadbiran negara juga dapat dilihat di era Anwar berada di dalam kerajaan. Negara dunia mana tidak kenal Anwar Ibrahim? Negara Arab dan Negara Islam mana tidak mengenali anak Cheruk To’Kun ini? Ulamak besar mana yang tidak dikunjungi oleh Anwar Ibrahim? Jadi, Mahathir jangan takut kepada bayang-bayang sendiri. Elok kamu fikirkah tentang parti PejuWANG yang sekarang ini nyawa-nyawa ikan.

Kita tidak tahu, parti mati dulu atau tuannya mati dulu. Wallahu Aklam.

Mahathir tidak perlu tunjukkan kebodohannya di penghujung usia. Kalaupun beliau kini sudah terlalu tua dan penyakit nyanyuk banyak mengganggu pemikiran bekas PM yang bersubahat menjatuhkan kerajaan PH ini, tidak seharusnya beliau cuba untuk ‘mengusik’ Anwar Ibrahim yang masih lagi ada hormat terhadapnya. ‘Harimau tidur jangan dikejut”.

WFAUZDIN NS

Sumber :

COMMENTS