Panas!!! Kerana Durian lelaki ini ‘diserang’ “tentera bawang” Malaysia

Panas!!! Kerana Durian lelaki ini ‘diserang’ “tentera bawang” Malaysia

GARA-gara membelah buah durian yang dikatakan menentang “hukum alam”, seorang TikToker diserbu netizen Malaysia yang tidak puas hati selepas menonton video pendek memakan raja buah kegemaran rakyat negara ini itu.

Dengan tontonan 3.9 juta dalam tempoh sehari, akaun TikTok @officialmuslimamerican menjadi “port” netizen Malaysia berkampung meluahkan 1,001 perkara mengenai raja buah itu.

Video pendek “Lets eat the smelliest fruit in the world itu” menyebabkan ramai netizen negara ini stres melihat cara lelaki itu membelah buah durian tanpa mengikut langkah betul.

Rata-rata meninggalkan pelbagai komen meluahkan rasa kecewa melihat durian diperlakukan sedemikian rupa.

Seorang pengguna turut berseloroh “rakyat Malaysia menangis tengok ni” komen @AYAM.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat cuba membuka durian menggunakan sudu terlebih dahulu sebelum menyatakan ia bukan jalan terbaik untuk melakukannya.

Dia kemudian mengambil sebilah pisau roti dan kemudian memotong durian secara melintang sambil meluahkan rasa tidak tahan kepada bau durian.

“Baunya sangat busuk”, kata lelaki itu.

Selepas berjaya membuka, lelaki itu kemudian mencedok menggunakan sudu untuk rasa keenakannya walaupun pada awal riak wajah seolah-olah tidak tahan kepada bau buah itu.

Video berdurasi satu minit satu saat itu disudahi dengan lelaki itu meneguk air daripada sebuah teko air.

 

Klik untuk saksikan video:

@officialmuslimamerican#themuslimamerican #itstimetoeat #durianfruit #thesmelliestfruit

♬ original sound – 🍃


Tinjuan UtusanTV di ruangan komen ternyata ia dipenuhi dengan “tentera bawang” negara ini yang meninggalkan pelbagai ulasan pedas dan bermacam-macam lagi menjurus rasa tidak puas hati.

Ada yang sempat mengatakan rasa marah apabila melihatnya.

“SAYA SANGAT MARAH,” kata @Heather.

Ada juga yang mencadangkan supaya lelaki itu terlebih dahulu melihat tutorial membelah durian sebelum mencubanya.

“Lain kali tgk tutorial potong durian dlu bang jgn la buat palatou. Geraam tgk HAHAHAH,” ujar @una.

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/06/05/hukum-belah-durian/

COMMENTS