Panas!!! Adun Sindumin umum Keluar Parti Warisan ?

Panas!!! Adun Sindumin umum Keluar Parti Warisan ?

Adun Sindumin Keluar Parti warisan. Pergolakan dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) kini mula menghantui Presidennya, Mohd Shafie Apdal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob (gambar) difahamkan meninggalkan parti itu, hari ini.

Sumber terdekat memaklumkan Ketua Penerangan Warisan ini keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.

“Ya betul, tadi (keluar parti),” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber, ADUN Sindumin ini mahu membantu rakyat di kawasannya maka, beliau memutuskan untuk meninggalkan parti Warisan yang kini berada dalam blok pembangkang.

Yusof yang merupakan Ketua Bahagian Warisan Sipitang antara pemimpin terawal yang berjuang sejak Warisan ditubuhkan dan pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi semasa Warisan memerintah Sabah.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan berkaitan, Shafie yang juga ahli parlimen Semporna belum dapat dihubungi berkenaan keputusan Yusof meninggalkan parti itu.

Berita penuh: https://www.mediarania.com/2021/10/02/terkini-krisis-warisan-makin-parah-adun-sindumin-keluar-parti/amp/

Baca :Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

COMMENTS