Panas!!! 16 penjawat awam diserbu ketika leka berhibur

Panas!!! 16 penjawat awam diserbu ketika leka berhibur

16 penjawat awam diserbu ketika leka berhibur.Seramai 16 penjawat awam yang sedang leka berhibur antara 62 individu yang ditahan dalam serbuan polis ke sebuah pusat hiburan di Puchong, dekat sini awal pagi hari ini.

Difahamkan, 13 daripadanya merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua anggota bomba yang berusia antara 21 hingga 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.40 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis tersebut didapati keadaan di dalam premis gelap dengan lampu berkelip-kelip serta muzik dimainkan dengan kuat.

“Dalam masa yang sama terdapat pelanggan sedang leka menikmati minuman keras di atas meja.

penjawat awam

“Hasil pemeriksaan di dalam premis terdapat lima individu (pengurus/pelayan), tiga (penjaga/pelayan), 28 (pelanggan lelaki) dan 26 (pelanggan wanita). Seramai 16 daripadanya merupakan penjawat awam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil ujian saringan air kencing didapati seorang lelaki yang merupakan pelanggan positif dadah jenis syabu manakala individu lain termasuk kesemua penjawat awam adalah negatif.

“Sebanyak 62 kompaun telah dikeluarkan ketika pemeriksaan tersebut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955 / Per 16 Peraturan Hiburan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (SEL)1996 / Sek 76 AKta Eksais 1976

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/04/16-penjawat-awam-ditahan-ketika-leka-berhibur/

BACA: [Video] Warga emas atas bumbung cetus rasa panik kakitangan hospital

COMMENTS