Palsu !!! Amirudin nafi tegur tindakan Ebit Liew edar air

Palsu !!! Amirudin nafi tegur tindakan Ebit Liew edar air

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari nafi pernah mengeluarkan teguran secara kasar terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew seperti yang tular di media sosial.

Menurut beliau, kenyataan yang ditularkan dengan menggunakan logo sebuah portal berita tempatan itu adalah palsu.

“Kenyataan berikut adalah palsu. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penafian juga telah dibuat oleh wartawan Malaysiakini,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Twitternya pada Selasa.

Kenyataan didakwa palsu itu menyebut Amirudin berkata “Situasi Terkawal, Ebit Lew jangan berlagak baik” susulan isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor.

Terdahulu, Ebit Lew turun padang menyalurkan bantuan bekalan air bersih kepada orang ramai yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Usahawan itu menyediakan dua lori besar air untuk diagihkan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amirudin-nafi-sound-ebit-lew-264417

COMMENTS